Thursday, June 3, 2010

My life


Nama Penuh: Wilson Alban Asek
Tarikh Lahir:09 Januari 1987
Umur: 23 Tahun

Telah dilahirkan bertempat rumah kampung. Tapi sepanjang perjalanan kehidupan pelbagai yang boleh saya ambil pengajaran dalam hidup. Tahun 1996 adalah masih tahun 3 dan bersekolah di sekolah pedalaman. Tahun 2002 di mana peristiwa memperingatkan saya adalah pemergian seorang ayah. Kejadian berlaku adalah di Sungai Labuk pada masa itu sungai sangat besar. Namun, peristiwa itu tidak sama sekali memudarkan semangat saya untuk meneruskan hidup. Selepas tamatnya persekolahan tingkatan 5, saya telah ditawarkan melanjutkan pengajian dengan program Diploma Sains Pertanian selama 3 tahun.

Kehidupan Dalam Kampus....3 Tahun

Perjalanan dalam kampus ada pahit dan manisnya. Pelbagai cabaran yang ditempuhi. Hari demi hari dan tahun berganti tahun saya telah tamat pengajian pada tahun 2008. Perjalanan hidup bagaikan kita berada dalam keadaan suasana yang singkat. Tapi kepahitan menjadi batu sandungan dan kemanisan itu menjadi kegembiraan kepada saya. Melangkau jalan hidup penuh dugaan dan cabaran setiap masyarakat di negeri orang yang jauh dari kampung. Pelbagai suku kaum yang boleh saya lihat dan perhatikan. Dari masa ke semasa hari yang dinantikan sudah sampai dan pada tahun 2008 merupakan majlis konvokesyen. Batu lonjatan iaitu "DIPLOMA" adalah titik permulaan saya untuk meneruskan lebih maju lagi dan melangkah ke alam pekerjaan selepas itu.

No comments:

Post a Comment